« Home | Merry Christmas » | towards the end... » | she's ONE tomorrow » | it's in the blood... » | updates updates » | hey!! that's me?? » | pics! » | houston, we have a problem... » | My Growing Pwincess » | how i sleep »

geram...



kengkadang, bersekang mata nak buat sesuatu yg terbaik pun tak guna..
lebih baik buat ala kadar lepas tu tgk kalau ada perubahan yg perlu di buat..
buat bagus tak kena, buat ala kadar pun tak kena..

mula2 suruh buat laporan - tak kasi ulasan yg betul. bila ditanya tentang apa yg nak di konsentrasikan, dikata suruh buat seluas yg boleh tapi asalkan dlm topik. bila dah buat, dibaca tapi tak puas hati. dikata kalau report macam tu, lebih baik dibuat sendiri, takyah disuruh org lain.

darah naik tak terhingga. dari mula dah tanya nak buat kajian mcm mana. dikatanya belum tahu, jadi buat ajer apa yg patut.
abeh bila dah buat, baru nak bilang cara kajian mcm mana yg nak lakukan.

lepas tu ditanya mana soalan2 yg patut ditanyakan. diberitahu kalau tak tahu apa yg hendak dikemukakan, manalah tahu soalan apa yg hendak ditanyakan. tu pun tak kena, dikata nak segala-gala yg boleh ditanya, buat ajer solan mengenainya..

kalau begini, nak buat macam mana?? mana lah tahu had nya di mana, pucuk pngkal nyer di mana? iskh.. dasar org tak berterima kasih. kalau lah dikatakan laporan tu harus diperbaiki dan akan ditunjuk ajar bagaimana hendak diperbaiki, darah takkan naik begini.

Ni tidak, diberitahu sahaja laporan tidak mencukupi dan kalau laporan itu sekadar begitu, lebih baik dibuat sendiri.

Ni semua menyakitkan hati. Tapi yg lagi teruk ialah masa yg diberi. Disuruh membuat laporan itu hari Isnin, hari penghantaran pula awal hari Rabu.

Pada hari isnin juga disuruh mengambil alih tugasan rakan2 US. Hari Selasa pula diberi tugasan untuk membersihkan sisa2 kerja rakan2 US. Memandangkan yg sekarang ni minggu akhir bulan, laporan2 lain juga harus disiapkan.

Haiz.. sesungguhnya hamba Allah ni penyabar, jadi telan sahaja lah. nak bentak pun tak kuasa, tak guna lagipun.

dahlah, lebih baik sambung kerja yg ada. kalau ikutkan sakit hati, nanti diberi laporan tu dlm bahasa melayu pulak. baru betul. chet~

Haiz... jangan lah dikau berduka..
Bak kata pepatah,
Ada rotan, adalah duri juga.

Biasanya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut sentiasa.

Tapi tak mengapa, sebab akar terjumbai tempat siamang berpegang, dahan menganjur tempat tupai meneguh.

hmmm...

terima kasih atas sokongan moral yg diberi..

cuma hendak bertanya, pepatah itu diambil dari sini?
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/peri.php?pageNum_peribahasa=2&totalRows_peribahasa=148

biasalah, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.

Bagai bajak wangkang makan diangkat begitu juga.

hehehe.. mabuk peribahasa.. baik punya cilok

Eh korang eh bual jgn bunga bunga boleh tak? Si mat cintan ni memang nak bual bungaan aje. :P

Post a Comment